IKUTI KAMI.

Aug 18, 2016

Pendidikan Swasta

Ibu bapa juga berpeluang untuk menghantar anak mengikuti pendidikan swasta yang terdapat di negara ini.Pendidikan swasta ialah pendidikan yang disediakan kepada murid tempatan dan antarabangsa oleh institusi pendidikan swasta.Institusi pendidikan swasta dibiayai sepenuhnya oleh sektor swasta.Sektor swasta menawarkan pendidikan dari peringkat prasekolah,sekolah rendah,sekolah menengah hingga ke peringkat prauniversiti.

Pendidikan untuk Murid Pintar Cerdas

Golongan murid pintar dan cerdas perlu diberikan pendidikan yang khusus bagi menggilap lagi minda dan keistimewaan mereka.Antara inisiatif yang dilakukan oleh pihak Kerajaan adalah dengan mewujudkan program pendidikan untuk murid pintar cerdas seperti PERMATA pintar.

Pendidikan Khas

Dalam sistem pendidikan khas,kanak-kanak Orang Kelainan Upaya (OKU) diberi perhatian yang sama dengan pelajar-pelajar normal.Pelajar yang mempunyai kurang upaya penglihatan,kurang upaya pendengaran,masalah pembelajaran,kurang upaya fizikal dan kurang upaya pelbagai di peringkat prasekolah,rendah,menengah dan lepas menengah termasuk dalam golongan Orang Kelainan Upaya.Kerajaan beriltizam untuk menangani masalah yang dihadapi dalam sistem pendidikan khas seperti kekurangan guru dan tenaga pakar khidmat sokongan berkelayakan,keterbatasan kurikulum dan pentaksiran,serta ketidakcukupan kemudahan infrastruktur dan perkhidmatan sokongan.

Laluan Pendidikan Sukan dan Seni

Bagi melahirkan pelajar yang hebat dalam bidang sukan dan seni,Kerajaan telah menubuhkan sekolah sukan dan sekolah seni.Pada masa ini,terdapat empat buah sekolah sukan dan dua buah sekolah seni di Malaysia.Sekolah sukan dan sekolah seni amat penting bagi memupuk dan mengembangkan bakat generasi muda dan melahirkan atlet pelapis serta penggiat seni.Sekolah jenis ini membantu perkembangan bakat atlet dan penggiat seni di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.Murid di sekolah ini juga akan menerima pendidikan asas yang luas dengan mengikuti kurikulum dan menduduki peperiksaan yang sama seperti pelajar di sekolah yang lain.Sekolah ini bertujuan membangunkan potensi murid secara holistic dan menyeluruh.


Laluan Pendidikan Agama

Pendidikan Islam merupakan salah satu komponen penting dalam sistem pendidikan kebangsaan dan menjadi mata pelajaran teras dalam Kurikulum Kebangsaan.Kerajaan sangat komited dalam meningkatkan pendidikan agama Islam di Malaysia.Pada masa ini,terdapat lebih 90,000 murid berdaftar di sekolah agama awam yang terdiri daripada Sekolah Agama Kerajaan di bawah kawalan Kerajaan ,Sekolah Agama Negeri (SAN) di bawah kawalan pihak berkuasa agama negeri dan Sekolah Agama Bantuan Kerajaan (SABK) di bawah kawal selia Kerajaan dan pihak berkuasa agama negeri atau lembaga pengelola sekolah.Semua Sekolah Agama Kerajaan melaksanakan kurikulum kebangsaan,manakala SAN dan SABK melaksanakan kurikulum ini dan kurikulum kebangsaan.Di saping itu,terdapat kira-kira 350 buah sekolah agama swasta di seluruh Malaysia yang mendaftar.Sekolah agama swasta boleh memilih sama ada melaksanakan kurikulum kebangsaan atau tidak.Kebanyakan sekolah agama swasta (sekolah agama rakyat dan sekolah agama persendirian ) terletak di luar bandar dan kekurangan sumber.

Laluan Pendidikan Teknikal

Kerajaan memberi peluang kepada pelajar yang berminat dalam bidang teknikal di sekolah-sekolah teknik di seluruh Negara.Pendidikan teknikal memberikan peluang kepada pelajar untuk meneruskan pengajian dan kerjaya dalam bidang kejuruteraan dan professional.Pendidikan teknikal diiktiraf sebagai sebahagian daripada laluan akademik dan biasanya memerlukan asas akademik yang kukuh bagi membolehkan pelajar melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.Pelajar dikehendaki mengambil mata pelajaran akademik dan boleh memilih set mata pelajaran elektif teknikal yang diminati sama ada dalam bidang kejuruteraan awam,sains pertanian,prinsip perakaunan atau lain-lain.

Laluan Pendidikan Vokasional

Pendidikan vokasional adalah bertujuan memberi pendidikan khusus dalam kemahiran pelajar untuk memenuhi kerjaya yang memerlukan kemahiran dan kepakaran teknikal yang khusus.Perbezaan antara teknikal dan vokasional ialah aliran teknikal mempersiapkan murid untuk melayakkan diri dalam pendidikan lanjutan ,manakala aliran vokasional lebih berorientasikan kerjaya.Permintaan industri untuk lulusan vokasional adalah tinggi dan memberangsangkan.Pada tahu 2008,Kementerian Sumber Manusia melaporkan bahawa terdapat kekurangan sumber tenaga kerja mahir,iaitu melebihi 700,000 orang dalam industri pembuatan,pertanian dan pembinaan.Menjelang 2020,sebanyak 3.3 juta peluang pekerjaan telah diwujudkan di bawah NKEA,sekurang-kurangnya 46% memerlukan kelayakan sijil vokasional atau diploma,berbanding dengan 22% yang memerlukan kelayakan ijazah pertama.Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 di rancang dalam bidang Vakasional bagi memenuhi keperluan industri pada masa hadapan.

         Di samping itu,Kerajaan mewujudkan Pelan Transformasi Pendidikan Vokasional bagi mengukuhkan latihan untuk lulusan berkemahiran.Kerajaan telah memperluaskan pendidikan vokasional bermula pada peringkat menengah rendah melalui program Pendidikan Asas Vokasional (PAV) dan mengukuhkan laluan sedia ada pada peringkat menengah atas melalui program Kolej Vokasional (KV).Kerajaan menjangkakan 10% daripada setiap pengambilan pelajar menengah atas terdiri daripada murid vokasional pada tahun 2015 melalui Pelan Pendidikan Transformasi Vokasional.Melalui pelan ini,pengambilan murid dijangka akan meningkat kepada 20% menjelang 2020.

Tempoh Pendidikan Formal

Sistem persekolahan di Malaysia adalah antara 12 hingga 13 tahun bagi pendidikan formal.Tempoh tersebut bertujuan memberi masa yang cukup kepada murid di Malaysia untuk berkembang secara menyeluruh intelek,rohani,emosi,jasmani dan sosial.

Pendidikan Lepas Menengah

Pelajar yang telah tamat pendidikan sekolah menengah berpeluang untuk menyambung pelajaran peringkat lepas menengah (tingkatan enam).Tujuan pendidikan lepas menengah adalah untuk memperkukuh pengetahuan dan kemahiran mereka sebagai persediaan bagi melanjutkan pengajian peringkat ijazah pertama di institusi pengajian tinggi sama ada di dalam atau di luar negara.Pada akhir pengajian,pelajar akan menduduki pentaksiran peringkat Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) atau Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Malaysia University English Test (MUET).

Pendidikan Menengah

Kerajaan beriltizam untuk mewajibkan pendidikan peringkat menengah rendah dan menengah atas menjelang tahun 2015.Tindakan ini menjadikan sistem pendidikan Malaysia selari dengan standard tempoh pendidikan wajib antarabangsa dan usaha kerajaan untuk melahirkan modal insan yang berkualiti pada masa akan datang.Tujuan utama pendidikan menengah ialah melahirkan pelajar yang mempunyai kemahiran berfikir tinggi,iaitu secara kritis,kreatif dan inovatif; mempunyai nilai jati diri kenegaraan yang tinggi serta menguasai sekurang-kurangnya dua bahasa utama,iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.Antara tujuan lain ialah memastikan pelajar lepasan menengah dapat meneruskan pembelajaran ke peringkat yang lebih tinggi sama ada di Pusat Latihan Kemahiran Industri,Matrikulasi,Tingkatan Enam,Prauniversiti,Universiti Awam atau di Institut Pengajian Tinggi (IPT).


Pendidikan Rendah

Kerajaan beriltizam untuk meningkatkan enrolmen di peringkat sekolah rendah.Hal ini bertujuan memastikan semua rakyat Malaysia mempunyai pendidikan,bermula di peringkat awal lagi.Matlamat pendidikan rendah adalah untuk menyediakan asas yang kukuh dalam kemahiran membaca, menulis, mengira (3M) dan menaakul; pengenalan kepada konsep asas sains; kemahiran pravokasional; kemahiran generik; serta penerapan nilai-nilai murni.


Kurikulum Kebangsaan dan Kokurikulum Kebangsaan

    Kurikulum ialah satu rancangan pendidikan yang terkandung di dalamnya segala ilmu pengetahuan serta kemahiran, nilai-nilai dan norma, unsur-unsur kebudayaan dan kepercayaan yang telah menjadi pilihan masyarakat untuk diperturunkan kepada ahli-ahlinya. Peranan kurikulum dalam pendidikan adalah untuk membina perkembangan pelajar yang lengkap dari segi jasmani, rohani, akal dan emosi. Dalam konteks negara Malaysia, kurikulum juga berperanan untuk melahirkan rakyat yang mendukung cita-cita negara dalam mewujudkan perpaduan yang berpandukan Rukun Negara di samping menghasilkan tenaga rakyat yang terlatih untuk keperluan Negara iaitu modal insan.

Kurikulum kebangsaan terbahagi kepada lima seperti yang berikut:
  1. Kurikulum Asuhan dan Didikan Awal Kanak - kanak
  2. Kurikulum Standard Pra Sekolah Kebangsaan (KSPK) 
  3. Kurikulum Bersepadu Sekolah Rendah (KBSR)
  4. Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KKSR)
  5.  Kurikulum Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM)
Antara strategi pelaksanaan kurikulum di sekolah ialah:
  1.  Menyediakan dokumen standard kurikulum asuahan dan didikan awal kanak kanak serta kurikulum pra sekolah kebangsaan
  2. Menggubal Standard Kandungnan dan Standard Pembelajaran untuk setiap mata pelajaran diperingkat rendah da menengah
  3. Menyediakan bahan sokongan kurikulum untuk menyokong pelaksanaan kurikulum
  4. Menyemak dan meminda atau membat perubahan kurikulum berdasarkan perubahan dasar pendidikan dan dasar utama negara
  5. Menyediakan, menyemak , dan mengemas kini kurikulum sedia ada mengikut keperluan semasa dan masa hadapan
Kokorikulum kebangsaan 

Bagi melahirkan pelajar yag seimbang dari sudut intelek, minat, bakat, jasmani, dan rohani ke arah pembangunan kepimpinan murid, pembentukan nilai estetika serta jati diri, Kementerian Pendidikan telah mewajibkan pelajar untuk mengikuti aktiviti kokurikulum. Pelaksanaan kokorikulum bertujuan memantapkan jati diri kokorikulum di sekolah adalah seperti yang berikut.


  1. Membudayakan aktiviti kokurikulum dalam kalangan murid
  2. Memberi wajaran kepada penglibatan yang sesuai kepada aktiviti kokurikulum
  3. Memberi peluang kepada semua murid untuk melibatkan diri secara aktif melalui kepelbagaian aktiviti kokurikulum
  4. Melibatkan murid pelbagai kaum dalam aktiviti kokurikulum
  5. Memberi penekanan terhadap penghayatan agama dan nilai-nilai murni dalam aktiviti kokurikulum

Pendidikan Prasekolah

Tujuan utama penetapan umur permulaan bagi pendidikan prasekolah ialah memberikan tempoh yang mencukupi kepada kanak-kanak untuk mengembangkan potensi intelek, rohani, emosi dan jasmani sebagai persediaan ke sekolah rendah. 


Program Asuhan Dan Didikan Awal Kanak-Kanak terbahagi kepada dua , iaitu : 
a) Pendidikan prasekolah untuk kanak-kanak berumur antara empat hingga lima tahun.
b) Pusat penjagaan harian untuk kanak-kanak yang kurang daripada empat tahun.

Program Asuhan dan Didikan Awal Kanak-Kanak memainkan peranan penting dalam perkembangan psikologi dan intelek. Pendidikan di Malaysia menyaksikan  perkembangan yang memberangsangkan sejak beberapa dekat dahulu. Kira-kira 77% kanak berumur antara empat hingga lima tahun telah mendaftar dalam pelbagai bentuk pendidikan prasekolah sehingga akhir tahun 2011. Kementerian tetap berusaha dengan bersungguh-sungguh untuk memastikan struktur sistem pendidikan Malaysia selari dengan amalan sistem pendidikan berprestasi tinggi. Kementerian memberi tumpuan kepada penyusunan semula struktur bagi setiap peringkat pendidikan ( jika perlu ) .

Peringkat Pendidikan

Sistem pendidikan kebangsaan terbahagi kepada lima peringkat :

  1. prasekolah
  2. rendah 
  3. menengah 
  4. serta lepas menengah
Murid yang melalui sistem pendidikan formal selama 12 hingga 13 tahun ( tidak termasuk pendidikan prasekolah) sebelum mengikuti pendidikan tinggi. Perbezaan satu tahun tempoh pendidikan bergantung kepada jenis pendidikan lepas menengah atau program pra universiti yang dipilih. Pelajar yang mengikuti program dua tahun dalam Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia ( STPM ) yang setara dengan A level atau pilihan alternatif aliran agama , iaitu Sijil Tinggi Agama Malaysia ( STAM ) memerlukan 13 tahun untuk menamatkan pengajian. Murid yang megikuti program matrikulasi pula memerlukan satu hingga dua tahun pendidikan.  Murid berkeperluan khas juga mempunyai pilihan tambahan tempoh dua tahun untuk menamatkan persekolahan mereka ( Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025).

Tempoh prasekolahan selama 13 tahun sehingga tamat STPM adalah setanding dengan sistem pendidikan lain yang maju. Banyak sistem pendidikan seperti di England dan Scotland telah mecapai standard  A levels dalam tempoh 13 tahun. Di Hong Kong pula, program yangs setara denan A levels dijalankan dalam tempoh 12 tahun.


Peringkat formal di Malaysia bermula dengan kemasukan ke sekolah rendah bermula umur enam tahun ke atas. Umur kemasukan ke sekolah bermula enam tahun dan ke atas untuk pendidikan rendah adalah sama dengan amalan kebanyakkan sistem pendidikan berpresasi tinggi , seperti Singapura dan Ontario ( Kanada ). Sistem pendidikan Finland ( yang mempunyai antara sistem pendidikan berprestasi terbaik dalam pentaksiran antarabangsa) juga memulakan pendidikan rendah pada umur tujuh tahun ke atas.

Hasil carian imej untuk contoh prasekolah
Rajah 1 Contoh prasekolah

Peringkat dan Tempoh Pendidikan


Kementerian akan memastikan setiap kanak-kanak mendapat peluang yang sama dalam pendidikan tanpa mengira latar belakang etnik, status sosioekonomi atau kedudukan geografi. Matlamat ini akan dapat dicapai melalui usaha meningkatkan enrolmen bagi memastikan akses sejagat pada peringkat prasekolah , pendidikan rendah, menengah rendah, dan menengah atas.

Langkah yang akan diambil termasuklah yang berikut:

  1. memastikan peringkat dan tempoh pendidikankepada pelajar dan selari dengan amalan sistem pendidikan berprestasi tinggi
  2. Pemberian bantuan yang lebih bersasaran dan berasaskan keperluan serta bantuan lain kepada pelajar dan sekolah

5.3.1 Sistem Pendidikan

Pendidikan dalam zaman ini bercirikan unsur global dan masa yang sama tanpa meninggalkan yang asal yang bersifat tempatan. Pendidikan perlu melahirkan warganegara Malaysia yang berupaya merancang masa depan, mampu menghadapi cabaran baru, berupaya membuat pilihan dengan masa depan serta berupaya membuat pilihan dengan bijak, tepat dan sesuai dengan cabaran semasa yang dihadapi.

Sistem pendidikan di Malaysia bermula di peringkat asas sekolah rendah, menengah seterusnya peringkat Pengajian Tinggi. Pelajar akan melalui pelbagai ujian dan peperiksaan yang disediakan oleh pihak bertanggungjawab untuk menentukan tahap kefahaman mereka dengan apa yang telah diajar. Melalui peperiksaan yang diambil, pelajar dapat dinilai dan dikategorikan kepada  beberapa kumpulan. Tujuan pembahagian kumpulan ini adalah untuk membantu kumpulan yang rendah agar boleh diperbaiki dan meningkat naik serta kumpulan yang tinggi lebih maju. Dalam tempoh 55 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan, peningkatan yang ketara dapat dilihat dalam pelbagai peringkat pendidikan.

Sistem pendidikan Malaysia adalah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan , iaitu:

Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk memwujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek , rohani , emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu , bertanggungjawap dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Matlamat pendidikan di Malaysia adalah bertujuan untuk: 

  • Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu
  • Melahirkan insan beriman, berakhlak mulia, berilmu , berketerampilan dan sejahtera
  • Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara
  • Memberi peluang peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia



5.3 Konsep Pembangunan Insan

Kerajaan sangat komited dalam pembangunan modal insan. Pembangunan modal insan ialah tindakan atau program yang dilaksanakan oleh sesebuah organisasi untuk membangunkan seseorang supaya berketerampilan dari aspek pengetahuan kemahiran dan perbentukan sikap dalam melaksanakan tugas. Dalam konteks negara kita , pembangunan modal insan adalah usaha yang dilakukan oleh pihak kerajaan bagi melahirkan rakyat yang berpendidikan , berkemahiran dan seterusnya berkebolehan membantu.

Antara kepentingan pembangunan modal insan :
  • Menjana pendapatan Negara 
• Pembangunan Negara pada masa akan dating 
• Penentu kejayaan dasar-dasar kerajaan  
 Membantu kerajaan dalam membangunkan 

Pendidikan memainkan peranan penting dalam membangunkan modal insan yang mempunyai jati diri yang kukuh , berketerampilan , berkeperibadian mulia , berpengetahuan luas dan berkemahiran tinggi untuk mengisi keperluan negara maju pada abad ke 21. Modal insan yang ingin dihasilkan oleh mantan perdana menteri YAB Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi ialah seseorang yang mampu berfikir secara kritis dan kreatif, berkemahiran menyelesaikan masalah berkeupayaan mencipta peluang peluang baharu , mempunyai ketahanan serta berkebolehan untuk berhadapan dengan persekitaran yang lebih global dan sering berubah-ubah.

Prinsip Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar

     Prinsip ini perlu melibatkan kerjasama dari semua pihak. Malaysia telah merancang dan melaksanakan pelbagai usaha untuk menangani masalah persekitaran ini. Kerajaan menggariskan beberapa prinsip seperti yang berikut:


  1. Penjagaan alam sekitar 
  2. Pemuliharaan kesuburan tanah dan kualiti alam sekitar
  3. Peningkatan berterusan tahap kesihatan dan keselamatan yang berkualiti dan mapan
  4. Kepentingan terhadap persepaduan dalam pelbagai aspek untuk mewujudkan kualiti alam sekitar
  5. Iltizam dan akautabiliti terhadap kualiti alam sekitar
  6. Penentuan tentang kesesuaian dan keberkesanan penggunaan sumber-sumber asli 
  7. Penglibatan aktif di peringkat antarabangsa

Objektif Pengurusan Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar
  1. Memastikan kualiti alam sekitar terpelihara dalam jangka panjang selari dengan usaha meningkat pembangunan negara
  2. Meningkat penglibatan kerajaan secara bersepadu dalam pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar di peringkat kebangsaan dan antarabangsa
Program 
Kualiti Udara 
  • Penguatkuasaan Jabatan Alam Sekitar ( JAS ), Polis, dan Jabatan Pengangkutan Jalan.
Strategi 
  • mengurangkan pelepasan asap hitam daripada kenderaan berenjin diesel
  • menentukan standard pelepasan asap "50 Hartridge Smoke Units"
  • menguatkuasakan undang undang berkaitan kesalahan alam sekitar seperti pembakaran sisa secara terbuka dan pelepasan efluen
  • mencegah pembuangan sisa toksik yang berbahaya serta pencemaran laut secara haram