IKUTI KAMI.

Aug 18, 2016

5.3.1 Sistem Pendidikan

Pendidikan dalam zaman ini bercirikan unsur global dan masa yang sama tanpa meninggalkan yang asal yang bersifat tempatan. Pendidikan perlu melahirkan warganegara Malaysia yang berupaya merancang masa depan, mampu menghadapi cabaran baru, berupaya membuat pilihan dengan masa depan serta berupaya membuat pilihan dengan bijak, tepat dan sesuai dengan cabaran semasa yang dihadapi.

Sistem pendidikan di Malaysia bermula di peringkat asas sekolah rendah, menengah seterusnya peringkat Pengajian Tinggi. Pelajar akan melalui pelbagai ujian dan peperiksaan yang disediakan oleh pihak bertanggungjawab untuk menentukan tahap kefahaman mereka dengan apa yang telah diajar. Melalui peperiksaan yang diambil, pelajar dapat dinilai dan dikategorikan kepada  beberapa kumpulan. Tujuan pembahagian kumpulan ini adalah untuk membantu kumpulan yang rendah agar boleh diperbaiki dan meningkat naik serta kumpulan yang tinggi lebih maju. Dalam tempoh 55 tahun Malaysia mencapai kemerdekaan, peningkatan yang ketara dapat dilihat dalam pelbagai peringkat pendidikan.

Sistem pendidikan Malaysia adalah berteraskan Falsafah Pendidikan Kebangsaan , iaitu:

Pendidikan di Malaysia ialah satu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk memwujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek , rohani , emosi, dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah untuk melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu , bertanggungjawap dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

Matlamat pendidikan di Malaysia adalah bertujuan untuk: 

  • Melahirkan bangsa Malaysia yang taat setia dan bersatu padu
  • Melahirkan insan beriman, berakhlak mulia, berilmu , berketerampilan dan sejahtera
  • Menyediakan sumber tenaga manusia untuk keperluan kemajuan negara
  • Memberi peluang peluang pendidikan kepada semua warganegara Malaysia