IKUTI KAMI.

Kesimpulan

Kesimpulannya, berdasarkan tajuk di dalam blog ini ternyata kerajaan Malaysia amat mengambil berat dan prihatin terhadap alam sekitar.Pelbagai usaha telah dijalankan oleh pihak kerajaan bagi memelihara dan memulihara alam sekitar daripada tercemar dan musnah.Alam sekitar merupakan aset yang sangat penting bagi negara untuk kegunaan generasi yang akan datang. 

Justeru itu,kerajaan telah beriltizam dan komited dalam usaha mengukuhkan sistem pendidikan negara selari dengan negara-negara maju yang lain.Pelbagai dasar dalam pendidikan dilaksanakan bagi meningkatkan tahap pendidikan negara.Antaranya ialah pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang merupakan salah satu transformasi dalam sistem pendidikan negara.Oleh itu,isu-isu keprihatinan negara yang meliputi aspek dasar luar negara,isu alam sekitar serta pembangunan modal insan merupakan aspek utama yang diberi penekanan penting oleh Kerajaan bagi mencapai negara maju menjelang tahun 2020. Seterusnya,melalui tajuk ini juga pelajar dapat mengetahui usaha-usaha kerajaan untuk menaik taraf sistem pembelajaran di Malaysia.
Selain itu ,blog ini juga menceritakan tentang tentang penjagaan alam sekitar. Pelajar juga boleh menambah ilmu pengetahuan tentang penjagaan alam sekitar kerana alam sekitar ini amat untu dijaga supaya generasi akan datang hidup dalam alam sekitar yang tidak tercemar dan dapat menghirup udara yang segar. 

Oleh itu, jelaslah bahawa tajuk ini dapat memberi kesedaran kepada para pelajar untuk menghargai alam sekitar dan menghargai usaha kerajaan dalam usaha untuk menaiktaraf sistem pendidikan di Malaysia.