IKUTI KAMI.

Sep 27, 2016

Pencemaran Air


  •       Di Malaysia, pemukaan air meliputi 97% daripada bekalan air. Manakala baki 3% adalah air bawah tanah. Sungai menyumbang lebih dripada 90% bekalan air mentah.Air bawah tanah pula,diterokai sejak 70 tahun yang lalu.
  •     Pembangunan tanpa kawalan telah menyebabkan sumber air di Malaysia telah tercemar.  Pencemaran air telah berlaku akan memberi kesan negatif kepada manusia dan alam sekitar.
  •      Pencemaran air akan memberi kesan kepada kehidupan manusia kerana manusia menggunakan air untuk minum,memasak,membasuh dan lain-lain lagi.Antara penyakit bawaan air yang tercemar adalah seperti hepatitis ,cryptos poridium ,cirit birit ,cacing dan sebagainya.
  •      Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah memantau kualiti air sungai semenjak 1978 bagi mengesan perubahan dalam kualiti air sungai serta mengenal pasti sumber-sumber pencemaran.
  •      Indeks Kualiti Air (IKA) digunakan untuk menentukan status kualiti air sungai yang diklasifikasikan kepada 3 kategori ,iaitu Bersih (B),Sederhana Tercemar (ST) dan Tercemar (T).Pengkelasan sungai juga dilaksanakan setiap tahun berdasarkan IKA dan Interim Standard Kualiti Air Kebangsaan (INWQS) iaitu kelas             I,   II,    III,   IV.    V.    Enam parameter iaitu keperluan Oksigen Biokimia (BODs),keperluan Oksigen Kimia (COD),Ammoniakal Nitrogen  (NH3-N),Pepejal Terampai (SS),nilai PH dan Oksigen Terlarut (DO) digunakan dalam pengiraan IKA.
  •          Hakisan tanah dan mendapan adalah punca kepada kehadiran pepejal terampai (SS) di dalam lembangan sungai .Di Malaysia,pembangunan kawasan tanah tinggi dan pembukaan tanah untuk pembalakan dan perlombongan mengakibatkan peningkatan SS dan perubahan kepada kualiti air.    
  •   Logam berat dan molekul yang tinggi seperti Kupum,Zink,Kalium,Nikel,Plumbum,Arsenic dan Raksa yang digunakan dalam industri untuk menghasilkan pengeluaran merupakan penyumbang utama dalam pencemar logam berat di lembangan sungai di Malaysia.Pencemaran logam berat biasanya terjadi apabila pembuangan sisa tidak dirawat dengan sempurna oleh sektor industri dan disalurkan ke dalam lembangan sungai.Kepekatan logam berat yang tinggi di dalam lembangan sungai akan memberi  kesan yang membahayakan kepada manusia dan alam sekitar.   
  •            Lebih 90% bekalan air di Malaysia ini berpunca daripada sungai.Justeru itu,usaha menangani pencemaran air sungai terus diberikan perhatian.                                                                                    
Punca utama berlakunya pencemaran air :
a)Pembuangan sampah tidak teratur.
b)Najis
c)Sisa perkilangan
d)Bahan kimia
e)Tumpahan minyak    




Klasifikasi Kualiti Air Berdasarkan Indeks Kualiti Air
        
PARAMETER
           BERSIH
           SEDERHANA TERCEMAR
             TERCEMAR
           IKA
           81-100
60-80
0-59
                            KEPERLUAN                 OKSIGEN BIOKIMIA
            91-100
80-90
0-79
              AMMONIAKAL 
           NITROGEN
            92-100
71-90
0-70
             PEPEJAL TERAMPAI
             76-100
70-75
0-69



Pencemaran Sungai
Sungai Tanpa Pencemaran

  • Pencemaran air akan memberi kesan kepada kehidupan manusia kerana manusia menggunakan air untuk minum,masak,basuh dan lain-lain lagi.Antara penyakit bawaan air yang tercemar adalah seperti,Hepatitis,cryptos poridium,cirit birit,cacing dan sebagainya.
  •      Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah memantau kualiti air sungai semenjak 1978 bagi mengesan perubahan dalam kualiti air sungai serta mengenal pasti sumber-sumber pencemaran.