IKUTI KAMI.

Sep 27, 2016

Pencemaran Bunyi

Pencemaran bunyi boleh disebabkan oleh pertambahan kenderaan bermotor dan juga sektor pembinaan. Pencemaran bunyi biasanya terjadi di kawasan bandar. 


Punca Pencemaran

antara punca-punca pencemaran ialah :
a. bunyi kenderaan bermotor seperti kereta, lori, bas, dan lain-lain yang banyak menyumbang ke
    arah pencemaran ini.


b. pembangunan kawasan industri mengeluarkan bunyi melalui pemprosesan material, jentera, kenderaan,
   aktivi pembuatan akan menjejaskan ketenteraman kepada orang ramai dan memberi kesan kepada
    manusia seprti gelisah, kurang rehat, gangguan pemikiran dan lain-lain.
     
c. pembinaan kawasan petempatan mengeluarkan bunyi apabila cerucuk-cerucuk besi ditanam di dalam
    tanah untuk pembinaan bangunan-bangunan tinggi.



Kesesakan lalu lintas
Sektor pembinaan

Pencemaran Darat dan Tanah

Pencemaran tanah berpunca daripada perbuatan atau pembuangan sesuatu bahan di sesebuah kawasan sehingga kawasan sehingga berlaku pertukaran warna, hakisan dan kesuburan tanah.
Bahan pembuangan tersebut terbajahagi kepada dua iaitu cecair dan pepejal. Bahan pembuangan berbentuk cecair ialah bahan kimia seperti sisa toksik dan racun.
Pembuangan sampah sarap ( pepejal ) yang tidak terkawal juga adalah punca berlakunya pencemaran tanah. 


Bahan Toksik

Pembuangan sampah

Pencemaran Udara

Pencemaran udara membawa maksud berlakunya pembebasan atau penyebaran bahan kimia ke atmosfera sehingga menyebabkan berlakunya perubahan yang tidak baik ke atas kehidupan manusia dan haiwan.

Bahan kimia tersebut jika terampai di udara dalam jangka masa tertentu dan dalam jumlah yang tertentu akan memberi kesan negetif kepada hidupan di bumi. Jika bahan kimia ini terlampau banyak memasuki badan manusia dan masuk ke dalam sistem pernafasan dan menyekat pengaliran oksigen ke dalam saluran darah.

Jenis jenis bahan pencemar :
a) karbon monoksida,
b) nitrogen dioksida,
c) plumbum
d) sulfur dioksida.

Punca-punca pencemaran udara ialah disebabkan oleh asap kenderaan, bahan pencemaran dari kilang, pembakaran secara terbuka serta pembakaran hutan, penyemburan bahan racun perosak dan penggunaan baja dalam sector pertanian.
Kesan-kesan pencemaran udara ialah berlakunya penipisan ozon yang bertindak melindungi bumi dari sinaran matahari. Jika penipisan lapisan ozon berlaku ianya akan menyebabkan pendedahan terus matahari kepada manusia dan boleh menyebabkan kanser kulit. Selain itu, penipisan ozon juga menyebabkan pancaran matahari menjadi kuat dan boleh menyebabkan berlakunya pencairan ais di kutub utara. Jika hal ini berterusan, ia akan memberi kesan kepada ekosistem kehidupan.

Pencemaran udara juga akan menyebabkan hujan asid. Jika hujan asid ini terjadi ia akan menyebabkan hakisan tanah pada bangunan, tanah akan berasid dan sebagainya.

Pencemaran udara juga boleh menyebabkan berlakunya pemanasan global. Pemanasan global belaku disebabkan oleh kenaikan suhu bumi dan juga penipisan ozon. Kenaikan suhu disebabkan pembebasan gas-gas karbon dioksida yang terkumpul di dalam udara.

Akhir sekali, pencemaran udara juga boleh menyebabkan penglihatan manusia terjejas disebabkan oleh asap dan jerebu. Antara kesan jerebu kepada manusia ialah :

- Radang mata
- Gangguan kepala hidung
- Gangguan sistem penafasan
- Partikulat yang menyebabkan peradangan dan meninggalka parut pada tisu paru-paru.

Indeks pencemaran udara (IPU)

IPU
STATUS IPU
0-50
BAIK
51-100
SEDERHANA
101-200
TIDAK SIHAT
201-300
SANGAT TIDAK SIHAT
301-500
BERBAHAYA
MELEBIHI 500
KECEMASAN

 Sumber :www.statistics.gov.my
ASAP DARI KILANG

ASAP DARI KENDERAAN

JEREBU

Pencemaran Air


  •       Di Malaysia, pemukaan air meliputi 97% daripada bekalan air. Manakala baki 3% adalah air bawah tanah. Sungai menyumbang lebih dripada 90% bekalan air mentah.Air bawah tanah pula,diterokai sejak 70 tahun yang lalu.
  •     Pembangunan tanpa kawalan telah menyebabkan sumber air di Malaysia telah tercemar.  Pencemaran air telah berlaku akan memberi kesan negatif kepada manusia dan alam sekitar.
  •      Pencemaran air akan memberi kesan kepada kehidupan manusia kerana manusia menggunakan air untuk minum,memasak,membasuh dan lain-lain lagi.Antara penyakit bawaan air yang tercemar adalah seperti hepatitis ,cryptos poridium ,cirit birit ,cacing dan sebagainya.
  •      Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah memantau kualiti air sungai semenjak 1978 bagi mengesan perubahan dalam kualiti air sungai serta mengenal pasti sumber-sumber pencemaran.
  •      Indeks Kualiti Air (IKA) digunakan untuk menentukan status kualiti air sungai yang diklasifikasikan kepada 3 kategori ,iaitu Bersih (B),Sederhana Tercemar (ST) dan Tercemar (T).Pengkelasan sungai juga dilaksanakan setiap tahun berdasarkan IKA dan Interim Standard Kualiti Air Kebangsaan (INWQS) iaitu kelas             I,   II,    III,   IV.    V.    Enam parameter iaitu keperluan Oksigen Biokimia (BODs),keperluan Oksigen Kimia (COD),Ammoniakal Nitrogen  (NH3-N),Pepejal Terampai (SS),nilai PH dan Oksigen Terlarut (DO) digunakan dalam pengiraan IKA.
  •          Hakisan tanah dan mendapan adalah punca kepada kehadiran pepejal terampai (SS) di dalam lembangan sungai .Di Malaysia,pembangunan kawasan tanah tinggi dan pembukaan tanah untuk pembalakan dan perlombongan mengakibatkan peningkatan SS dan perubahan kepada kualiti air.    
  •   Logam berat dan molekul yang tinggi seperti Kupum,Zink,Kalium,Nikel,Plumbum,Arsenic dan Raksa yang digunakan dalam industri untuk menghasilkan pengeluaran merupakan penyumbang utama dalam pencemar logam berat di lembangan sungai di Malaysia.Pencemaran logam berat biasanya terjadi apabila pembuangan sisa tidak dirawat dengan sempurna oleh sektor industri dan disalurkan ke dalam lembangan sungai.Kepekatan logam berat yang tinggi di dalam lembangan sungai akan memberi  kesan yang membahayakan kepada manusia dan alam sekitar.   
  •            Lebih 90% bekalan air di Malaysia ini berpunca daripada sungai.Justeru itu,usaha menangani pencemaran air sungai terus diberikan perhatian.                                                                                    
Punca utama berlakunya pencemaran air :
a)Pembuangan sampah tidak teratur.
b)Najis
c)Sisa perkilangan
d)Bahan kimia
e)Tumpahan minyak    




Klasifikasi Kualiti Air Berdasarkan Indeks Kualiti Air
        
PARAMETER
           BERSIH
           SEDERHANA TERCEMAR
             TERCEMAR
           IKA
           81-100
60-80
0-59
                            KEPERLUAN                 OKSIGEN BIOKIMIA
            91-100
80-90
0-79
              AMMONIAKAL 
           NITROGEN
            92-100
71-90
0-70
             PEPEJAL TERAMPAI
             76-100
70-75
0-69



Pencemaran Sungai
Sungai Tanpa Pencemaran

  • Pencemaran air akan memberi kesan kepada kehidupan manusia kerana manusia menggunakan air untuk minum,masak,basuh dan lain-lain lagi.Antara penyakit bawaan air yang tercemar adalah seperti,Hepatitis,cryptos poridium,cirit birit,cacing dan sebagainya.
  •      Jabatan Alam Sekitar (JAS) telah memantau kualiti air sungai semenjak 1978 bagi mengesan perubahan dalam kualiti air sungai serta mengenal pasti sumber-sumber pencemaran.