IKUTI KAMI.

Pengajaran

    Kerajaan Malaysia menerusi Teras Kedua Misi Nasional, 2006-2020 telah menggariskan iltizam untuk meningkatkan keupayaan pengetahuan, kreativiti dan inovasi serta memupuk minda kelas pertama. Kejayaan masa hadapan negara bergantung kepada kualiti modal insan yang dimiliki, bukan sahaja dari segi intelek tetapi juga keperibadian warganya. Saluran utama penjanaan modal insan, Institut Pengajian Tinggi (lPT) di negara ini perlu memberikan perhatian khusus kerana melaluinya akan lahir generasi muda yang berpendidikan, berkemahiran, kreatif, inovatif, bersikap progresif dan berfikiran kritis. Kini IPT tempatan sedang giat mefaksanakan pelbagai inisiatif dan usaha penambahbaikan secara komprehensif ke atas sistem penyampaian sistem pendidikan dan latihan.


    Penambahbaikan ini bertujuan meningkatan kualiti sistem pengajaran dan pembelajaran di peringkat Universiti untuk melahirkan graduan yang berkualiti dan berdaya saing. Kerajaan juga berhasrat mewujudkan universiti bertaraf antarabangsa dan memastikan pendidikan dan latihan di peringkat tertiari memenuhi keperluan majikan, di samping menyediakan lebih banyak peluang dan akses kepada pendidikan, latihan dan pembelajaran sepanjang hayat yang berkualiti di semua peringkat pendidikan. Inisiatif Hasil Pembelajaran merupakan langkah awal yang diambil bagi menyediakan pelajar kepada pengalaman pendidikan yang lengkap yang dapat dimanfaatkan setelah mereka ini bergelar graduan khususnya ketika menempuh alam pekerjaan. Melalui inisiatif ini hasil pembelajaran yang kritikal akan ditentukan dalam membentuk program dan kursus. Dengan cara tersebut IPT mampu menghasilkan pelajar yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang mantap di samping membolehkan keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran diukur melalui pemantauan terhadap kualiti produk atau graduan yang dilahirkan.

    Selain itu, IPT turut berhasrat untuk menjana graduan yang memiliki kemahiran yang menyeluruh dan seimbang bukan sahaja dari sudut kualiti intelektual bahkan juga dari segi kemahiran insaniah yang merangkumi pelbagai aspek insani seperti sikap dan akhlak. Kertas ini akan mengupas senario terkini pendidikan global dan tempatan, faktor-faktor keperluan dan kepenlingan pembangunan modal insan minda kelas pertama. Tanggungjawab dan peranan IPT dalam pembangunan modal insan kelas pertama turut dihuraikan