IKUTI KAMI.

Aug 18, 2016

Laluan Pendidikan Vokasional

Pendidikan vokasional adalah bertujuan memberi pendidikan khusus dalam kemahiran pelajar untuk memenuhi kerjaya yang memerlukan kemahiran dan kepakaran teknikal yang khusus.Perbezaan antara teknikal dan vokasional ialah aliran teknikal mempersiapkan murid untuk melayakkan diri dalam pendidikan lanjutan ,manakala aliran vokasional lebih berorientasikan kerjaya.Permintaan industri untuk lulusan vokasional adalah tinggi dan memberangsangkan.Pada tahu 2008,Kementerian Sumber Manusia melaporkan bahawa terdapat kekurangan sumber tenaga kerja mahir,iaitu melebihi 700,000 orang dalam industri pembuatan,pertanian dan pembinaan.Menjelang 2020,sebanyak 3.3 juta peluang pekerjaan telah diwujudkan di bawah NKEA,sekurang-kurangnya 46% memerlukan kelayakan sijil vokasional atau diploma,berbanding dengan 22% yang memerlukan kelayakan ijazah pertama.Pelan Pembangunan Pendidikan 2013-2025 di rancang dalam bidang Vakasional bagi memenuhi keperluan industri pada masa hadapan.

         Di samping itu,Kerajaan mewujudkan Pelan Transformasi Pendidikan Vokasional bagi mengukuhkan latihan untuk lulusan berkemahiran.Kerajaan telah memperluaskan pendidikan vokasional bermula pada peringkat menengah rendah melalui program Pendidikan Asas Vokasional (PAV) dan mengukuhkan laluan sedia ada pada peringkat menengah atas melalui program Kolej Vokasional (KV).Kerajaan menjangkakan 10% daripada setiap pengambilan pelajar menengah atas terdiri daripada murid vokasional pada tahun 2015 melalui Pelan Pendidikan Transformasi Vokasional.Melalui pelan ini,pengambilan murid dijangka akan meningkat kepada 20% menjelang 2020.