IKUTI KAMI.

Aug 17, 2016

Langkah-langkah Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar.

Antara langkah-langkah yang boleh dilaksanakan bagi tujuan memelihara dan memulihara alam sekitar adalah seperti berikut.

    1. Penghutanan semula.
        Penghutanan semula merupakan sebuah kegiatan menanam semula hutan yang telah diterokai dengan spesies pokok yang cepat tumbuh dan bermutu. Melalui cara ini, kelembapan suhu dapat dikekalkan dan seterusnya, masalah peningkatan suhu alam sekitar dapat dielakkan terutamanya di kawasan bandar-bandar besar yang sering menjadi pulau haba. Contoh pokok yang boleh ditanam, pain, batai dan sesenduk. Contoh penghutanan semula yang telah dilaksanakan di Malaysia adalah di Hutan Simpan Kemasul, Pahang dan Hutan Simpan Paya Laut, Perak. 

   Rajah 1 Hutan Simpan Kemasul

     2. Mewartakan hutan simpan dan taman negara
         Hutan simpan dan taman negara dapat memberi perlidungan kepada flora dan fauna yang hampir pupus. Kegiatan pembalakan, penerokaan hutan, dan pemburuan binatang tidak dibenarkan di kawasan tersebut. Contoh hutan simpan dan taman negara yang telah diwartakan adalah seperti yang berikut.
  • Taman Negara, Pahang

   3. Kaedah penanaman berteres 
       Kaedah penanaman berteres telah dijadikan di kawasan cerun bukit bagi pelbagai jenis tanaman seperti getah, kelapa sawit , dan teh. Tujuan utaman langkah ini dilaksanakan adalah untuk mencegah kejadian hakisan tanah dan tanah runtuh di kawasan cerun bukit seperti penanaman teh di Cameron Highlands.

Rajah 2 Cameron Highlands , Penanaman berteres
    4. Tanaman tutup bumi
        Tanaman tutup bumi seperti tanaman kekacang dan rumput ditanam di lereng-lereng bukit antara barisan-barisan getah dan kelapa sawit. Kaedah ini adalah bertujuan untuk mengurangkan hakisan tanah dan mengekalkan kesuburan tanah.

Rajah 3 Contoh Tanaman tutup bumi
      5. Penggunaan baja organik
      Petani petani digalakkan supaya menggunakan baja organik atau baja asli daripada najis haiwan dan sisa tanaman untuk menggantikan penggunaan baja kimia. Selain menambahkan kesuburan tanah, kos baja organik adalah lebih rendah, tidak perlu diproses dan tidak mencemarkan alam sekitar. Contohnya peladang lada hitam di Sarawak menggunakan guano, iaitu campuran najis burung dan kelawar sebagai baja.




      6. Kaedah biologi
       Peladang kelapa sawit di negara ini menggunakan kaedah biologi untuk mengawal makhluk perosak. Kaedah biologi ini dapat mengurangkan penggunaan raun perosak. Kaedah biologi ini dapat mengurangkan penggunaan racun serangga dan racun rumpai yang akan mencemarkan alam sekitar. Contohnya , di ladang kelapa sawit , ular , burung hantu , dan burung helang digunakan untuk menangkap haiwan perosak seperti tikus.
Hasil carian imej untuk kaedah bilogi
Rajah 5 Contoh Kaedah biologi

     7. Pertanian tetap
      Kerajaan menggalakkan para petani tradisional yang mengamalkan pertanian pindah supaya mengubah cara penanaman kepada pertanian tetap. Langkah ini bertujuan untuk mengelakkan kemusnahan kawasan hutan yang berharga dan mengurangkan hakisan tanah.
Hasil carian imej untuk pertanian tetap
Rajah 6 Pertanian tetap

    8. Melandaikan cerun dan membuat tarahan
    Kini , pembinaan jalan raya dan lebuh raya di kawasan cerun dilakukan dengan lebih teracang untuk mengurangkan kesan terhadap alam sekitar. Kawasan cerun bukit akan dilandaikan terlebih dahulu untuk mengurangkan hakisan tanah dan kejadian tanah runtuh.
  
 9. Pembinaan tembok konkrit dan longkang konkrit.

    Tembok konkrit dibina di kawasan cerun bukit yang telah ditarah untuk mengurangkan hakisan tanah. Aliran air di kawasan cerun yang telah ditarah pula diperbaiki melalui pembinaan longkang konkrit untuk mengelakkan air bertakung da seterusnya gelongsoran tanah dapat dielakkan di kawasan tersebut.
Hasil carian imej untuk Pembinaan tembok konkrit dan longkang konkrit
Rajah 7 Pembinaan tembok konkrit dan longkang konkrit.