Pencemaran dan kemrosotan kualiti alam sekitar akan menyebabkan kesan yang negatif bukan sahaja terhadap kesihatan mausia tetapi juga kemajuan ekonomi Negara. Kepentingan kualiti alam sekitar terhadap manusia terbukti melalui penyelidikan dan kajian dalam dan luar Negara. Dalam beberapa penyelidikan di abad ni pengkaji mendapati bahawa jika manusia tidak menjaga dan memulihara alam sekitar bagi mengelakkan kesan-kesan negatif, kualiti kehidupan manusia akan merosot akibat perbuatan manusia sendiri amnya, Ini kerana walaupun kemajuan fizikal dipertingkatkan namun akibat kelalaian, kerakusan dan sifat suka membelakangkan undang-undang, manusia akan hilang sedikit demi sedikit nikmat alam yang indah dan udara yang bersih. Umumnya, jika keadaaan demikian berterusan, makhluk di bumi ini akan terus mengalami kesan-kesan buruk, seperti pencemaran alam sekitar.
Pertumbuhan industri dan pembadaran yang tidak terkawal juga menyebabkan pencemaran sekaligus mengakibatkan kualiti alam merosot.
Tiga punca utama pencemaran udara ialah asap kenderaan , stesen jana kuasa serta pembakaran bahan api kilang dan domestik.
Pengurusan dan pentadbiran yang berkesan dalam pemeliharaan dalam pemeliharaan alam sekitar serta sumber asli turut dititikberatkan di Malaysia. Amat penting kerana untuk meningkatkan kualiti alam sekitar dan sumber asli yang mapan. Misalnya tanah ialah sumber asli yang amat berharga dan perlu diurus secara teliti supaya tidak dibangunkan sewenang-wenangnya sehingga menggugat kualiti alam sekitar dan kemajuan jangka panang sosioekonomi negara. kerajaan negeri dengan agensi pembangunan negeri boleh memainkan peranan penting terhadap pembangunan sumber asli.
Tujuan dasar negara kita mengenai alam sekitar adalah untuk :
- mencapai alam sekitar yang bersih , selamat , sihat , dan produktif untuk generasi kini dan masa depan.
- memelihara dan memulihara sumber asli dan warisan kebudayaan negara yang unik dengan penglibatan secara berkesan oleh semua pihak.
- menggalakkan cara hidup serta corak penggunaan dan pengeluaran yang sejujur dengan prinsip pembangunan mampan.