IKUTI KAMI.

Aug 17, 2016

5.2.1 Konsep Pencemaran dan Pemuliharaan Alam Sekitar

        Alam sekitar yang berkualiti menyumbang kepada usaha meningkatkan produktiviti dan pertumbuhan ekonomi jangka pendek dan jangka panjang. Beberapa mekanisme institusi dan program dilaksanakan untuk mengatasi pencemaran alam sekitar dan memulihara sumber asli melalui berbagai program Bangsa-Bangsa Bersatu (UNCED). Malaysia tidak ketinggalan memainkan peranan yang penting dalam pembangunan dan pemuliharaan alam sekitar.
          Malaysia mengambil berat tentang pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar bagi memastikan pembangunan yang mantap,mekanisme ekonomi yang positif dilaksanakan. Strategi ini disokong oleh undang-undang yang dikuatkuasakan dengan tegas dan adil. Langkah-langkah ini menggalakkan sektor swasta menerima pakai dan membangunkan teknologi bercirikan kecemerlangan kualiti alam sekitar.Tegasnya pembangunan dan diteruskan tanpa mencemar kualiti alam sekitar.
        Kelemahan-kelemahan seperti garis panduan dan pendekatan pemuliharaan alam sekitar yang kurang jelas ditangani bagi mengelakkan pencemaran dan kemerosotan kualiti alam sekitar seperti hakisan tanah,pencemaran air dan udara.