IKUTI KAMI.

Aug 17, 2016

5.2 Konsep Pembangunan Dan Alam Sekitar

Malaysia merupakan sebuah negara yang sedang berkembang pesat dan menuju ke arah kemajuan dalam pelbagai bidang. Namun dalam kepesatan pertumbuhannya itu, kegiatan pembangunan juga membawa kesan terhadap alam sekitar.

Seperti contoh , kegiatan perusahaan atau perkilangan menjadi punca berlakunya pencemaran udara, pembuangan toksik menjadi punca berlakunya pencemaran air. Seterusnya, kegiatan pembangunan dan penerokaan hutan yang giat juga menggangu ekosistem dan mengakibatkan hakisan tanah. 


Terdapat banyak punca-punca lain yang menyebabkan pencemaran alam, seperti kegiatan pengangkutan yang boleh mencemarkan udara dan air kegiatan perladangan dan sebagainya.


Punca utama kemusnahan alam sekitar ialah sikap manusia yang tidak peka terhadap isu-isu sosial dalam masyarakat, kurangnya rasa sayang terhadap alam sekitar, tidak patuh kepada undang undang, tidak bertanggungjawab dan membuat sesuatu berdasarkan keuntungan semata mata.